Friday, 21 June 2013

#5 Nilai sebuah kebebasan

Assalamualaikum (:
Sejak aku terperuk dekat rumah ne , aku selalu menonton wayang wayang yang aku terlepas semenjak aku masuk bumi matrikulasi dahulu . Now , aku tengah layan satu drama melayu yang aku sendiri tak sangka akan suka ; i'm not a malay drama fan . But , since masuk matriks , hati aku dah berubah la pulak ke arah itu. Aku tengah layan sekarang drama *Sebenarnya , saya isteri dia!* . Ibu aku ada pinjam novel dia dari seorang sahabat dia dan aku yang merasmikan dahulu membacanya . Seriously , novel dia tebal habis . Memang makan masa untuk aku habiskan sebab aku juga bukanlah novel lover yang tegar ; average sahaja:)
Baru sahaja nak berjinak jinak dalam dunia novel ne walaupun agak lambat but better late than never :)



Dah jauh lari dari niat sebenar nak post ne ,  Alhamdullilah :D hari ne , Allah telah memberi aku satu ilmu baru yang aku nak share ne , Bismillah ~
Time tengah hari tadi , sibuk sibuk tukar tukar channel , entah kenapa tangan aku terberhenti pada satu channel . Wayang yang ditayangkan agak menarik bagi aku . Kisah seorang wanita . Wanita yang berusaha untuk mencari satu kebebasan untuk negaranya yang tercinta . Wanita tersebut telah berkahwin dengan seorang warga England dan mempunyai dua orang anak lelaki . Pada asalnya , suaminya serta anaknya ikut sama tinggal bersama isterinya d Burma - di mana sekarang telah dikenali sebagai Myanmar ; tetapi disebabkan si isteri ingin memperjuangkan kebebasan bagi negaranya , dia terpaksa berpisah daripada keluarganya dan keluarganya telah kembali ke bumi England . 

Aku tertarik dengan sikap wanita tersebut yang begitu sabar dan bertolak ansur dalam mencari sebuah kemerdekaan . Pada ketika itu , Burma telah mengadakan satu pilihan raya bagi menentukan masa hadapan Burma sama ada masih berada di bawah cengkaman komunis atau memperolehi kemerdekaan . Wanita tadi berani menyahut seruan itu dan menjadi salah satu calon wakil rakyat bagi negara tersebut . Segala macam dugaan dan cabaran telah diberi daripada pihak komunis dan semuanya SANGAT meruntun hati aku semasa     melihatnya :'(

1. Semasa perhimpunan bagi menyampaikan manifesto beliau , tentera komunis telah menyerang dan melarang beliau daripada berbuat sedemikian . Tetapi , ada yang dibuat oleh wanita tersebut ? Walaupun diacu puluhan senjata , dia tetap tenang dan yakin bahawa mereka tidak akan menembaknya . Kekuatannya adalah dia mempercayai bahawa Tuhan sentiasa bersamanya . Alhamdulillah , wanita tersebut berjaya menghalau ke semua mereka dengan menunjukkan reaksi sedemikian rupa . MashaAllah .

2. Pada hari berikutnya , satu perhimpunan telah diadakan sekali lagi . Tentera komunis telah menukar strategi . Mereka pergi ke lokasi perhimpunan itu diadakan dan menculik senyap senyap sesiapa yang mengikuti perhimpunan tersebut . Berita tersebut telah sampai ke pengetahuan wanita tadi , beliau bertanya *apa yang telah dilakukan oleh tentera itu terhadap pengikutku ?* Lalu orang itu menjawab , *Stengah daripada mereka telah dijadikan buruh paksa untuk membuat terowong dan selebihnya telah dibom hidup hidup* SubhanAllah ~ sampai begitu sekali ? 

Aku puji dengan sikap dia yang sangat  sayang akan negaranya . Beliau sentiasa berpegang akan kata kata ayahnya


 *Kita selalu lupa akan politik , tetapi politik tidak pernah lupa akan kita*

Mendalamkan maksudnya if kita hayati ? 

Tapi , bagaimanakah kita pada hari ini? Adakah kita menghargai kemerdekaan yang telah diberikan ? Alhamdulillah if korang ada terfikir semua itu . Ertinya korang appreciate juga kemerdekaan yang ada di negara kita ini . Kemerdekaan juga salah satu nikmat daripada Allah tau . Mari kita renungkan juga nasib saudara kita di bumi Palestin , Syria , Gaza . Mereka juga mahu merasa bagaimana hidup kita sekarang ini . Yang bebas untuk ke mana sahaja tanpa ditahan sesuka hati dan diperlakukan sesuka hati . Astaghfirullah . Y.Y 

Sebaiknya , kita bersyukur :') Alhamdulillah .

Tepuk dada , tanyalah iman . Jangan tanya hati , sebab ada orang kata ikut rasa hancur and ikut hati mati (:

Betulkan if aku ada salah (: 
Belajar daripada masa lalu . Sebab itu semua akan mematangkan kita dan menjadikan kita lebih berhati hati di masa hadapan . Tak gitu ? (:

No comments: