Assalamualaikum :)
Jam sudah menunjukkan jam 1.40AM , tapi tetap juga aku belum dapat melelapkan mata . Lalu aku capai salah satu kitab agama yang sudah agak lama tertangguh untuk aku membacanya . Maka dengan itu , aku bersyukur sebab Allah sudi pinjamkan sedikit ilmuNya itu kepadaku . #Alhamdulillah . Dan yaaaaa , aku nak share juga ilmu apa yang aku dapat hari ne . Meh sama sama topup ilmu agama kita ya :)
Love . Cinta . 사랑 [ Sarang - In Korean ] .
Semua itu membawa maksud yang sama which related to a person emotion and feelings .
Semua orang will experience this little things .
✿ Cinta mesti ada couple ek ?
Cinta itu suci ! Tapi kenapa ramai yang mencemarkannya dengan istilah yang orang ramai panggil sekarang which is couple . Why man Why girl Why nek . EH nenek pon still bole experience love apa.
Ini sehinggakan manusia memandang negatif terhadap istilah percintaan ini . Sebab itu , aku tidak hairan dengan sindirian sindiran para veteran apabila disebut berkenaan bercinta .
"HISH , kamu jangan gatal sangat . Anak orang itu . Jangan rosakkan !"
Sebab dalam mindanya , terbayang yang couple itu bebas dan tidak punya batas . Hal ini kerana dalam benaknya , sudah mempunyai satu kira kira , cinta itu perlu dalamnya couple .
Cinta yang dipamerkan oleh remaja remaji masa kini telah diwarnakan dengan berpegangan tangan antara yang bukan mahram , berdua-duaan , keluar bersama tanpa teman mahram dan berhabis kredit serta wang untuk pembuktian cinta . Bahkan , ada yang menggadaikan maruah , semuanya atas nama cinta .
✿ Love is from Allah and to Allah
Jika ditanya , *Nanu , jadi menurutmu , cinta yang gi mana aja yang pantas buat kita semua?*
Oleh itu , aku mau share sedikit tentang definisi cinta aku :) semua orang ada definisi cinta masing-masing .
I've learned from my previous mistakes and finally come to this definition :)
Sekiranya benar cinta , mesti kita mahu bersama hingga ke syurga , apa-apa yang membawa ke neraka itu bukan cinta namanya
If kamu really love her/him , bawak dia sekali ke JannahNya . Kata cinta ? Teganya kamu membawa si dia pengarang jantung hatimu [ cheh ! ] ke lembah neraka ?
How to prove that kamu mencintai dia ? Help him/her tundukkan pandangan mata antara satu sama lain . Jaga Iman masing-masing . Syaitan suka menambahkan perasa bila nampak pasangan dua sejoli sedang berdating .
✿ Maksudnya , kita tidak boleh bercinta lah kak Nanu ?
Boleh :) Bercinta itu boleh . TAPI , kita mesti faham ke mana arah tujuan percintaan kita itu . Adakah sekadar setakat couple zone or married zone ?
✿ Kak Nanu , saya ada suka satu mamat ne . Perlu ka saya luahkan dekat dia?
Yup perlu luahkan :) TAPI , kena consider timing . Timing kena betol . Kalau korang nak luahkan jugak , make sure diri korang dah bersedia . RE-CHECK DIRI . sebab , bila korang dah luahkan , means , korang akan bergerak ke stage seterusnya which kawin . Marriage is a big deal you know . Bukan sehari saja berkahwin . Selagi nyawa dikandung badan .
Jadi bila anda tergerak hati nak bercinta . JOM sama sama fikir kembali .
- Bagaimana hubungan dengan Allah ? Apakah sudah meningkat ke tahap yang disifatkan baik?
- Bagaimanakah kefahaman tentang Islam ? Apakah sudah diusahkan supaya perkara-perkara asas seperti ibadah dan perancangan hidup secara Islam difahami ?
- Bagaimanakah kawal emosi ? Apakah sudah diusahakan supaya menjadi individu yang berlapang dada , bersabar dan bertolak ansur ?
- Bagaimanakah kemampuan dalam kewangan ? Apakah sudah diusahakan supaya menajdi individu yang paling kurang mempunyai sumber kewangan dan mampu meneruskan kehidupan?
Sebab apa kita perlu perkara perkara seperti di atas . Eventually , kita akan menjadi ibu bapa kepada anak anak kita . Jangan risau bila anak kita kelak tidak mendengar cakap kita , sebaliknya kita tonjolkan nilai nilai yang baik untuk diperlihatkan kepada anak anak nanti . Aku faham . Kita tidak boleh *berlakon* baik depan anak anak sepenuh masa . Oleh sebab itu , kita perlu pupuk diri kita untuk menerapkan nilai nilai yang diperlukan untuk menjadi ibu bapa yang terbaik di sisi Allah .
Jadi , masih mahukan anda bercinta pada masa sekarang ini ? Tengok diri . Sudah sediakah ? Layakkah kita untuk bercinta pada saat saat ini ? Daripada kita menyibukkan diri melayan couple couple , adalah lebih baik kita mempersiapkan diri untuk menjadi insan yang sentiasa dekat dengan Allah dan mendahulukan Allah dalam apa sahaja hal :)
Sesungguhnya , bila kita sudah bersedia , Allah pasti bagi kita rasa semua itu . Sekarang ne , Allah tengah ON HOLD kan semua itu supaya kita semakin mendekatkan diri kepadanya dan mempersiapkan diri dengan segala ilmu yang diperlukan untuk mendidik anak anak .
Di TV selalu menayangkan movie movie yang happy ending . Namun hakikatnya bukan penamat , kerana selepas penamat dalam cerita itu , masih ada penerusan kehidupan yang tidak ditayangkan dalam novel ataupun filem .
ITU BEZANYA DENGAN REALITI .
Dalam realiti , ujian datang bertali arus . Baik dalam kehidupan secara menyendiri , apatah lagi sudah berkeluarga ? Persoalannya , apakah kita bersedia ? :)
Buka minda kita semua . Fikir masa hadapan kita . Tentukan mana satu yang lebih penting untuk diberi perhatian pada masa sekarang .
InshaAllah . Hold on to Allah . He will help you find your way :')
✿ correct me if i'm wrong :)