Tuesday, 18 June 2013

#4 Berusaha Mencapai Mampu

Assalamualaikum :)
Jam sudah menunjukkan jam 1.40AM , tapi tetap juga aku belum dapat melelapkan mata . Lalu aku capai salah satu kitab agama yang sudah agak lama tertangguh untuk aku membacanya . Maka dengan itu , aku bersyukur sebab Allah sudi pinjamkan sedikit ilmuNya itu kepadaku . #Alhamdulillah . Dan yaaaaa , aku nak share juga ilmu apa yang aku dapat hari ne . Meh sama sama topup ilmu agama kita ya :)


Love . Cinta . 사랑 [ Sarang - In Korean ] . 
Semua itu membawa maksud yang sama which related to a person emotion and feelings . 
Semua orang will experience this little things . 

✿ Cinta mesti ada couple ek ?
 Cinta itu suci ! Tapi kenapa ramai yang mencemarkannya dengan istilah yang orang ramai panggil sekarang which is couple . Why man Why girl Why nek . EH nenek pon still bole experience love apa.
Ini sehinggakan manusia memandang negatif terhadap istilah percintaan ini . Sebab itu , aku tidak hairan dengan sindirian sindiran para veteran apabila disebut berkenaan bercinta .
"HISH , kamu jangan gatal sangat . Anak orang itu . Jangan rosakkan !" 

Sebab dalam mindanya , terbayang yang couple itu bebas dan tidak punya batas . Hal ini kerana dalam benaknya , sudah mempunyai satu kira kira , cinta itu perlu dalamnya couple .

Cinta yang dipamerkan oleh remaja remaji masa kini telah  diwarnakan dengan berpegangan tangan antara yang bukan mahram , berdua-duaan , keluar bersama tanpa teman mahram dan berhabis kredit serta wang untuk pembuktian cinta . Bahkan , ada yang menggadaikan maruah , semuanya atas nama cinta .

✿ Love is from Allah and to Allah 
Jika ditanya , *Nanu , jadi menurutmu , cinta yang gi mana aja yang pantas buat kita semua?*
Oleh itu , aku mau share sedikit tentang definisi cinta aku :) semua orang ada definisi cinta masing-masing . 
I've learned from my previous mistakes and finally come to this definition :)
Sekiranya benar cinta , mesti kita mahu bersama hingga ke syurga , apa-apa yang membawa ke neraka itu bukan cinta namanya 
If kamu really love her/him , bawak dia sekali ke JannahNya . Kata cinta ? Teganya kamu membawa si dia pengarang jantung hatimu [ cheh ! ] ke lembah neraka ? 
How to prove that kamu mencintai dia ? Help him/her tundukkan pandangan mata antara satu sama lain . Jaga Iman masing-masing . Syaitan suka menambahkan perasa bila nampak pasangan dua sejoli sedang berdating . 

✿ Maksudnya , kita tidak boleh bercinta lah kak Nanu ?
Boleh :) Bercinta itu boleh . TAPI , kita mesti faham ke mana arah tujuan percintaan kita itu . Adakah sekadar setakat couple zone or  married zone ? 

✿ Kak Nanu , saya ada suka satu mamat ne . Perlu ka saya luahkan dekat dia?
Yup perlu luahkan :) TAPI , kena consider timing . Timing kena betol . Kalau korang nak luahkan jugak , make sure diri korang dah bersedia . RE-CHECK DIRI . sebab , bila korang dah luahkan , means , korang akan bergerak ke stage seterusnya which kawin . Marriage is a big deal you know . Bukan sehari saja berkahwin . Selagi nyawa dikandung badan . 

Jadi bila anda tergerak hati nak bercinta . JOM sama sama fikir kembali .

  • Bagaimana hubungan dengan Allah ? Apakah sudah meningkat ke tahap yang disifatkan baik?
  • Bagaimanakah kefahaman tentang Islam ? Apakah sudah diusahkan supaya perkara-perkara asas seperti ibadah dan perancangan hidup secara Islam difahami ?
  • Bagaimanakah kawal emosi ? Apakah sudah diusahakan supaya menjadi individu yang berlapang dada , bersabar dan bertolak ansur ?
  • Bagaimanakah kemampuan dalam kewangan ? Apakah sudah diusahakan supaya menajdi individu yang paling kurang mempunyai sumber kewangan dan mampu meneruskan kehidupan?
Sebab apa kita perlu perkara perkara seperti di atas . Eventually , kita akan menjadi ibu bapa kepada anak anak kita . Jangan risau bila anak kita kelak tidak mendengar cakap kita , sebaliknya kita tonjolkan nilai nilai yang baik untuk diperlihatkan kepada anak anak nanti . Aku faham . Kita tidak boleh *berlakon* baik depan anak anak sepenuh masa . Oleh sebab itu , kita perlu pupuk diri kita untuk menerapkan nilai nilai yang diperlukan untuk menjadi ibu bapa yang terbaik di sisi Allah .

Jadi , masih mahukan anda bercinta pada masa sekarang ini ? Tengok diri . Sudah sediakah ? Layakkah kita untuk bercinta pada saat saat ini ? Daripada kita menyibukkan diri melayan couple couple , adalah lebih baik kita mempersiapkan diri untuk menjadi insan yang sentiasa dekat dengan Allah dan mendahulukan Allah dalam apa sahaja hal :) 

Sesungguhnya , bila kita sudah bersedia , Allah pasti bagi kita rasa semua itu . Sekarang ne , Allah tengah ON HOLD kan semua itu supaya kita semakin mendekatkan diri kepadanya dan mempersiapkan diri dengan segala ilmu yang diperlukan untuk mendidik anak anak . 
Di TV selalu menayangkan movie movie yang happy ending . Namun hakikatnya bukan penamat , kerana selepas penamat dalam cerita itu , masih ada penerusan kehidupan yang tidak ditayangkan dalam novel ataupun filem .
ITU BEZANYA DENGAN REALITI .
Dalam realiti , ujian datang bertali arus . Baik dalam kehidupan secara menyendiri , apatah lagi sudah berkeluarga ? Persoalannya , apakah kita bersedia ? :)

Buka minda kita semua . Fikir masa hadapan kita . Tentukan mana satu yang lebih penting untuk diberi perhatian pada masa sekarang . 

InshaAllah . Hold on to Allah . He will help you find your way :')

✿ correct me if i'm wrong :)

Thursday, 13 June 2013

#3 Practice makes perfect

✿ Assalamualaikum (:

Tengah scroll scroll fb , tetiba ternampak salah satu post sahabat saya yang saya rasa ramai tak tahu actually. Tetiba datang niat di hati nak share dekat belog ne supaya sentiasa ingat dan istiqamah melakukannya .
inshaAllah (:
Suatu hari Imam Bukhari ditanya oleh anak muridnya: "Wahai tuan guru, mengapakah ingatanmu sungguh kuat?" Lalu Imam Bukhari menjawab: "Banyakkan mengulang".
Benda ne rasanya always happened dekat kita mostly students lah . Time tengah study . Semua lecture note , soalan-soalan , references , and highlighter yang bagai bagai colour sudah disediakan . Lepas belek and baca dalam masa sejam , terus kita rasa *OK , aku dah faham* . Tetiba , ada seorang sahabat datang bawa makanan , *EH , jom makan ! aku ada bawa makanan faveret kau* , WAHHH . terasa berbunga-bunga d hati ne apabila dipelawa sedemikian rupa AWW . Kita pun terus makan makan and bila fikiran dan emosi kembali normal , barulah sedar yang EHHH aku tengah study kot tadi asal aku makan pulak .

OK terus balik pegi meja study . Duduk and buka balik apa yang baru study sebentar tadi . EHHH ? asal aku dah lupa ne ? aku baru ja study benda ne tadi . Y.Y . Terasa sedih di dalam hati sebab cepat sangat lupa dengan ilmu tersebut . Takpaaaaaaaaa ! Aku akan ikut apa yang Imam Bukhari cakap *BANYAKKAN MENGULANG* ^___^

Yalah , kita sebagai a normal human being , selalu lupa dan cepat sangat alpa dan lalai . Benda ne selalu sangat happened dekat aku . Even , time di matriks dulu pun kalau study sekali memang tak ingat lah , lagi lagi subjek Biology tu . Memang kena baca and refer dekat lecturer and friends banyak lah . HEHE .

✿ Time Lab Bio . Serious lupa apa nama scientific untuk cell daun ne HMM .

✿ Time Lab Bio juga . Under the microscope . Sempat ambil gambar . Maaf Madam (:

Kalau baca sekali dua , belum tentu kita akan ingat . Cuba kita ulang banyak kali benda yang sama . InshaAllah kita akan ingat (: Dah try dah , memang berkesan lah ! Alhamdulillah .

So , tips untuk hari ne , [ CHEH . tips lah sangat ] untuk student yang rasa agak susah nak study . Study balik balik asyik tembus keluar otak ja . Sebelum study tu , ambil wudhuk (: tenangkan fikiran and reset niat untuk study tu . niat mesti apa adek adek ? ya betul ~ lillahita'ala (: and FOKUS . 

✿ Correct me if I'm wrong (: 

Wednesday, 12 June 2013

#2 Beauty comes from a healthy body and mind

Assalamualaikum :)

Well the title explains everything right ? I have a 3 month holiday that I have to tunaikan HEWHEW .

but ya , cuti cuti juga boys and girls . kesihatan is the vital thing . do you love your body ? yes kan ? so , one of the ways to show that you love it is by taking a good care of your health :)

By taking care of your health and body , inshaAllah proved that kamu appreciate of what Allah telah pinjamkan dekat korang . Allah dah bagi amanah ne dekat all of the people around the world . amanah apa ?  ofcourse jasad kita ne . ingat ~ jasad ne cuma pinjaman ja dari Allah . Even , kalau kita pinjam barang dari sahabat kita pun kita akan take good care of it sebab takut dia marah . That's why , kita kena jaga and loveeee our body . Ingatan untuk Cik punya belog ne jugak . (:


Ingat juga , kesihatan ne bukan senang nak cari . Takkan nak tunggu Allah tarik nikmat kesihatan ne dari kita baru kita nak sedar ? :( Nauzubillah ~ Ya , kesihatan juga salah satu nikmat yang Allah Azza Wajalla telah berikan kepada kita semua . So , let's appreciate and take a good care of it OK (:


InshaAllah , Allah akan tambah sayang dekat kita semua ne . Kan , Allah Maha Penyayang (:


Additional Value kan , kalau kita sihat kan , mesti kita tambah cun melecun , comel lotte , ya and sewaktu dengannya . But , prior reason is Allah (:


Correct me if I'm wrong (:

Friday, 10 May 2013

#1 : Rose

Assalamualaikum :)

InshaAllah belog ni akan digunakan sebagai medium untuk menyampaikan ilmu apa yang ada pada diri ini .

tempat di mana saya nak share ilmu dan peringatan kepada diri ini yang sentiasa lupa :)

Bismillahhirrahmanirrahim :)


Rose ? Sebut saja Rose mesti semua imagine benda yang cantik .... SWEET !

begitu juga umpamanya seorang muslimah :3 ~
dirinya umpama bunga Rose yang mekar pada musim Bunga di Korea (aiseh) >.<
dirinya sentiasa menjadi tumpuan seluruh dunia !
Ya , cantik dilihat tetapi SUKAR untuk didekati .
Kenapa ? Bunga Rose mempunyai duri-duri di sekitarnya yang melindungi Rose tersebut
dari serangan (cheh serangan) insect-insect lain :)
Be like a ROSE . Indah dan cantik dipandang tetapi sukar untuk didekati .
Hanya sesetengah sahaja yang mampu mengharungi segala duri-duri tersebut
untuk mendekatimu !
You are precious Deary Muslimah :)